Seorang isteri telah berlaku curang
kepada suaminya yang baik hati akibat keluarga si isteri yang tidak
merestui hubungan mereka berdua.
Kisah yang paling terbaru ini
pula adalah berkisahtentang seorang isteri yang mempunyai suami yang
baik tapi tidak menghargainya dan berlaku curang. Benar atau tidak kisah
ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil
iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Gambar hiasan |
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya.
Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah
dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa
tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas
suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.
Ini kisah sedih hidup saya.
Kesilapan yang terjadi adalah atas kesalahan sendiri. Saya berusia 26
tahun dan sudah bergelar ibu tunggal. Saya pernah berkahwin pada usia 19
tahun di sempadan Thai kerana keluarga tidak merestui cinta kami.
Suami hanya orang biasa, tiada
pekerjaan tetap. Selepas berkahwin, kami hidup merantau dan hidup
bahagia tetapi apabila ayah sakit, kami terpanggil untuk pulang ke
kampung malah suami yang begitu beria-ia mengajak saya pulang.
Di kampung, kami menumpang rumah
keluarga. Walau tidak kaya dan hidup senang tapi hati kami bahagia.
Sehingga pernah terlintas di hati saya, biarlah saya pergi dulu
berbanding suami yang baik hatinya.
Agungnya cinta saya padanya
namun kerana kami kahwin tanpa restu keluarga, semuanya berjalan tidak
lancar. Suami ditohmah malah keluarga sendiri yang menjaja kisah kami.
Luluh hati saya mendengarnya, tiada sokongan, dihina kerana susah, tiada
keluarga, sebatang kara, tiada harta, tidak tahu asal usul.
Namun, sebagai seorang isteri
yang baik, saya masih pertahankannya walau pun kadang-kala bosan untuk
mempertahankannya. Keluarga kata, saya dibomohkan suami. Malah mereka
beranggapan saya boleh dapat lelaki lebih kaya, lebih baik dari
sekarang. 8 tahun kami kahwin, hanya suku baik suami di mata keluarga
selebihnya buruk dan jahatnya dijaja.
Dua tahun lalu, saya menyambung
pengajian untuk mengubah masa depan. Bersama linangan air mata, saya
tinggalkan suami kerana tidak pernah berpisah dengannya. Semasa belajar,
dialah yang bersusah payah mencari wang perbelanjaan saya.
Saya cukup terharu dengan suami
tapi bila pulang bercuti, ada saja berita yang kurang enak, suami ada
perempuan, suami suka berjalan, suami tidak balik waktu Maghrib, tak
beri belanja dapur, suami baik depan saya sahaja dan bermacam cerita.
Tetapi saya masih tetap kuat. Saya tahu keluarga memang mahu meruntuhkan
cinta kami. Mereka masih dengan kepercayaan kolot, suami bomohkan saya.
Entahlah, saya pun tak faham.
Orang kampung juga suka
menghasut. Pendek kata, hubungan kami tidak disenangi semua orang. Suatu
malam, saya diuji Allah. Dalam perjalanan pulang bekerja, saya disapa
seorang lelaki, agak berumur, pegawai kerajaan dan kami mula berkenalan.
Kami menukar nombor telefon.
Kali pertama jumpa, saya nampak
dia matang, baik dan beriman. Kami berhubungan bila berjauhan dari
suami. Kami keluar bersama-sama dan saya mula melupakan suami. Saya
benar-benar bahagia dengannya.
Habis pengajian, saya jadi
sasau, rindu dendam kepadanya dan kami selalu bermesej. Dia begitu
mengambil berat soal tentang saya hingga saya melupakan suami malah
terfikir untuk berpisah dengannya.
Suatu hari kami membuat temu
janji. Pada suami, saya katakan ada hal kolej tetapi kami tidur di
hotel. Hinggalah kami terlanjur. Suami tiba-tiba menelefon dan menguji
saya sambil berkata, akan jatuh talak satu jika saya curang kepadanya.
Sekali lagi dengan linangan air
mata, saya mengakui hal ini dan saya meminta maaf dari suami. Kami rujuk
kembali namun kekasih masih terus menggoda hingga tidak mampu
menahannya. Ketika itu, saya benci akan suami dan mahu berpisah
dengannya.
Kekasih berjanji bermacam-macam.
Hilang kasih agung pada suami. Saya ceritakan pada keluarga dan mereka
menyokong saya memilih kekasih baru dan melupakan suami. Suatu hari,
suami tinggal kan saya, saat itu saya mula insaf tetapi saya masih
merujuk masalah pada kekasih.
Keluarga pula masih
buruk-burukkan suami, saat itu saya jadi benci, sakit hati dan terus
hubunginya meminta cerai. Saya paksa dia lafazkan cerai. Tercabar, suami
lepaskan talak dua dan bila mendengar kata-katanya, saya terus meraung.
Saya jalani perasaan ini dengan
penyesalan. Saya mahu rujuk ke mahkamah tetapi perkahwinan kami tidak
didaftarkan di Malaysia. Kami sudah merujuk mana-mana pihak dan semuanya
mengatakan talak kami sudah tiga dan tidak boleh rujuk lagi.
Hati masih sayang dan kami
sama-sama gila talak. Saya sepi hidup tanpanya dan kekasih saya masih
beri harapan. Bagi menghilangkan rasa hati, saya teruskan hubungan
dengan kekasih. Namun bahagia tidak ke mana, bila minta bantuan kewangan
darinya, dia mengelak dengan berbagai alasan. Bila bersama keluarga,
kekasih bagaikan malaikat tetapi bila kami bersama, dia bagaikan
syaitan.
Kini baru saya sedar, dia bukan
lelaki yang baik. Orang yang saya jangka akan dapat bahagiakan rupanya
hanya mahukan tubuh saja. Kini dia sudah lama menghilang. Rumah tangga
saya diruntuhkan dan kini dia berdiam diri.